CORAK KOMUNIKASI KELUARGA
DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU
Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek komunikasi keluarga kerana kepentingannya terhadap keberkesanan hubungan kekeluargaan. Tumpuan diberikan kepada dua bentuk orientasi komunikasi iaitu orientasi perbualan dan orientasi konformiti. Orientasi perbualan merujuk kepada keterbukaan ibu bapa dalam berkomunikasi dengan anak-anak di mana wujudnya hubungan dua hala di antara ibu bapa dan anak.
Orientasi konformiti merujuk kepada bentuk komunikasi yang rigid di mana memberi penekanan kepada autoriti ibu bapa khususnya dalam membuat keputusan. Pengumpulan data berdasarkan kepada soal selidik
yang dijawab sendiri oleh responden iaitu a) maklumat demografi, dan b) maklumat komunikasi keluarga. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur pola komunikasi keluarga ialah Revised Family Communication P attern yangdibina oleh Ritchie dan Fitzpatrick (1990). Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan responden mengamalkan kedua-dua bentuk orientasi komunikasi perbualan dan konformiti pada tahap sederhana. Kajian juga menunjukkan bahawa komunikasi dapat menjelaskan tahap perhubungan di antara ahli keluarga.
Baca selengkapnya klik disini
No comments:
Post a Comment